Pages

Friday, July 30, 2010

Sukarnya Mendapatkan CINTA

Salam,
Bila sebut pasal cinta ni, pasti ada yang tersenyum sendiri dan tak kurang jugak ade yang rase mcm menyampah, benci, kecewa dan marah.

ADA APA DENGAN CINTA??? kenapa manusia perlukan cinta dalam kehidupan ni?kalo xde cinta xleh hidup ker? orang kata tanpa cinta hidup xbererti..dunia x berseri..betul ker??korang leh jawab sendiri kot...

Tapi bagi aku, aku perlukan cinta untuk hidup bahagia tapi cinta macam mane yang aku perlukan? Semakin lama kita cintakan seseorang tu, semakin kita diuji dengan pelbagai dugaan. Kenapa ye?

Ada juga yang kata, cinta yang tidak diuji, maka cinta tu tak kukuh. Cinta yang diuji lebih utuh dan berkekalan..benarkah begitu?? Aku xtau nak jawab pe..cuma dalam cintaku, harapnya ujian yang diberikan oleh Allah dapat diatasi dengan baik dan aku selalu berdoa cintaku ini akan kekal ke akhirnya..namun cinta pada Allah itu juga adalah cinta yang abadi. Semoga cintaku akan membawaku ke syurga..InsyaAllah.

**Tabahlah hati..sesungguhnya ini hanya dugaan yang kecil dan janganlah bersedih wahai hatiku..aku perlu kuat dan redha walau apa jua yang berlaku selepas ini.



Lirik Baik Baik Sayang - Wali


Aku tak ingin kau menangis bersedih


Sudahi air mata darimu


Yang aku ingin arti hadir diriku


Kan menghapus dukamu sayang


Karna bagiku kau kehormatanku


Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku


Baik baik sayang ada aku untukmu


Hanya satu pintaku disiang dan malammu


Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan


Sekuat semampuku sayang


Karna bagiku kau kehormatanku


Dengarkan dengarkan aku

Wednesday, July 28, 2010

My Bf's Birthday

27.07....sanggup amek cuti semata-mata kerana nak sambut bday my bf..En Nizam..huhuhu..walaupun aku tak sihat sangat minggu ni tapi demi Nizam,xperlah..rela jugak g Temerloh memandangkan dia bercuti kerana nak hantar parents dia dari KL..so aku bawakla untuk dia kek dan bunga..main present dah bagi awal bulan sebab dia tak sabo2 sangat nak hadiah dia..hahaha..katanya dia sangat terharu sebab sepanjang 28 tahun dia hidup ni tak pernah lagi ade orang kasi dia kek bday..(oloorrr cian btol)..present pun tak de orang kasi..(lagi laa kesian)..sebelum aku balik ke Kuantan, sempatlah jugak makan kek sama2 ngan dia walaupun kitorang slumber je potong kek atas bonet kete kat kawasan parking kete area Masjid Sultan Abu Bakar..bila dah kapel ngan "cowboy" ni..automatiknye aku pun kene laa jadi macam cowboy gak..hehehe..anyway..for my bf..Selamat Hari Lahir..semoga diberkati Allah selalu,panjang umur,murah rezeki dan berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan..im hepy wit u..

Bunga untuk bday boy:)

Sgt gembira krn pertama kali dpt potong kek bday

Wednesday, July 21, 2010

Gajah oh Gajah

Pada 3-4 Julai yang lepas, kunjungan ke Temerloh tambah menarik apabila aku berpeluang untuk melawat ke Pusat Konservasi Gajah yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Seperti biasalah, peneman setiaku En Nizam juga ikut serta demi memenuhi kehendak ku yang nak sangat g tengok gajah2 di Kuala Gandah ni..yerlah,nak tunggu KESURI punye rombongan ntah bila laa..

Kebetulan pula, kampung atuk Nizam memang area situ,jadi perjalanan kami menjadi lebih mudah kerana dia dah tahu ke mana arah nak dituju..jalan ke tempat tersebut agak sempit dan tak boleh bawak laju2..silap hari bulan bertembung dengan bas pelancong ataupun lori yang keluar masuk melalui jalan tersebut.

Perjalanan yang bermula dari Temerloh pada pukul 11 pagi mengambil mase hampir 45 minit untuk sampai ke Kuala Gandah..kat area2 situ juga terdapat kawasan air terjun..tapi sayangnya kami tak berkesempatan nak tinjau kawasan air terjun tu..

Kawasan ni tak banyak kedai, jadi aku cadangkan kalo nak datang sini better bawak bekal makanan dan minuman..lgpun kat sini port untuk lepak pun best jugak..hampir semua family yang datang bawak bekal untuk picnic sementara menunggu mase untuk melihat pertunjukkan gajah yang bermula pada jam 2 petang.

Di bawah ni pic yang sempat kami snap untuk dijadikan kenangan.

Office - kene register dulu









Souvenir utk kenang-kenangan















Gajah ni namanya ialah Siput















Ni plak nama dia Selendang















Latar belakang & objektif pusat ni




















Ni penjaga gajah..hahaha..















Gajah ni paham bahasa Melayu..mase ni nak kiss tuan dia.hehehe















Rangka kepala gajah
Sebagai tanda kami dh pernah dtg sini

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 (Floria 2010)


Dah lama dah tak menulis kat blog ni..baru hari ni aku update segala benda dalam blog ni..hahaha..sadis btol laa..

But the interesting story nak cite ialah berkenaan Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 yang telah berlangsung pada 10 hingga 18 Julai 2010 yang lalu di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya..sempatlah aku g tgok sebab kebetulan ke KL untuk dating with my En Nizam..so inilah sedikit sebanyak pic yang sempat aku snap sepanjang berkunjung ke festival tu.. dan tahun ini, Heliconia (pic paling atas)diketengahkan sebagai bunga tema dalam usaha memperkenalkan keunikannya sebagai tanaman tropika selain mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam seni gubahan dan landskap. Selain itu juga, spesis lain yang turut dipamerkan adalah halia (alpinia); canna, setawar (costus), pisang (musacea) dan ‘bird of paradise’ (streliziacea). Koleksi bonzai, orkid dan banyak lagi jenis bunga turut dipamerkan..memang rugi kalau tak pergi..