Pages

Monday, October 18, 2010

Bulan Oktober

Bulan ini merupakan bulan yang agak bz bagi diriku..sejak awal bulan, tumpuan sepenuhnya kepada kerja demi memastikan majlis konvokesyen berjalan seperti yang dirancang..walaupun agak tertekan dengan situasi yang seringkali memaksa dan mendesak..tapi tabahkan juga hati untuk menempuhnya walaupun terpaksa menangis..dan barulah hari ini aku sedar bahawa aku dah lama tak update blog ni..hehehe..

Setelah majlis konvo selesai pada 9hb yang lalu, kini aku tertumpu pula pada persiapan majlis ku. Walaupun seperti saja lambat lagi, tapi jika dibilang dan dicongak harinya, tinggal 3bulan, 2 minggu dan 4 hari sahaja lagi..banyak juga yang perlu disetelkan sebelum tibanya tarikh itu..persiapan yang rapi dan berjadual pasti akan menampakkan kesempurnaan yang nyata..hehehe..sebab kita tak tahu apa yang akan kita hadapi esok2 hari..so sementara ada masa, baiklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah serta menyenangkan diri sendiri pada masa akan datang..:)

Jadi kepada bakal raja sehari, sila jangan membuang masa dan jangan membuat persiapan di saat2 akhir..nanti buruk padahnya..melainkan sume perkara boleh setel dengan hanya memetik jari sahaja..