Pages

Monday, December 13, 2010

SAMANNNNNN....akhirnya berjaya jgk setelkan sekeping saman...hehehe..another 1 tgu turn...1st time bayar saman trafik ni..kalo setakat saman ngan Keselamatan UMP tu memg dah bnyk sgt..tp xpernah pun kene bayor..huhuuhu..aku berniat dapat duit bonus RM500 tu untuk setelkan 2keping saman..berjumlah RM300(setelah tolak diskaun)..aku g bayar saman pada hari Isnin ditemani oleh En Nizam yang dtg ke Kuantan untuk menemani aku..(thanx dear)..tapi yang malangnya,sesampai di kaunter PPK Kuantan tu,barisan nye macam ular kene palu..dengan parking kete yg susah nk dapat kat area situ sebb sempit..naseb baik En Nizam drop aku kat situ dan dia p cari parking dengan sabarnya..aku terus check saman aku dalam sistem beserta dengan saman AMAN SHAH (opismate)...dah siap print melalui sistem,aku pun duduk di bawah kanopi yg disediakan oleh Unit Trafik. Sambil2 bersembang ngan En Nizam, tetibe org ramai yg beratur tu mula bising..bila dirisik2,rupe2nye system down(offline)..terpaksa laa mereka dan diriku berhampa kerana dh buang masa..tunggu bagai nak rak, tp alih2 sistem plak problem..satu kuantan lak tu down..hampeh tol..so terpaksa laa aku menggunakan jalan belakang..aku tros call Romi..(kazen aku yg bertugas sbgi Chif Inspektor di PPK tu)..untuk tolong aku membuat bayaran....totally RM 150 aku terbang melayang gara2 byr saman pandu laju..kekeke...next week,insyaAllah...RM 150 lagi akan berterbangan kerana nak setelkan saman pandu laju OPS Sikap mase raya puasa baru2 ni..hampeh btol....

*Moral of the story : jangan bawak kete laju2..hehehe

Tuesday, November 30, 2010

Baju dan Kursus

Grrr..perasaan nak marah aje minggu ni..entah ape yg xkene..tp yg paling2 buat aku spoil mood ialah pasal baju korporat yg nk dipakai mase kursus 30 Nov hingga 3 Dis ni..arghhhhh...tension..aku kalo bab baju ni memg cerewet banyak...huhuhu...nak marah tak leh plak sebb PIC bercuti pada hari kejadian..last2 kerana baju tu, mood nak g kursus tu tercalar..xtahu lah cmane nk bertahan sampai jumaat ni...sabor je lah banyak2...

Tuesday, November 23, 2010

Merentasi 4 Buah Negeri Dlm 1 Hari!

Pada 11 Nov baru ni, aku ditugaskan untuk survey lokasi yang sesuai untuk mengadakan Bengkel Budaya Kerja Cemerlang. Bertolak dari UMP pada pukul 9.18 am bersama 2 lagi staf PTMK iaitu Kak Zai dan Wahyu. Sampai di Muadzam around 10.00 am untuk ambil sorang lagi staf PTMK iaitu Irman. Kami berempat meneruskan perjalanan merentasi Segamat, lokasi pertama yang kami tuju ialah di PNB Ilham Resort, PD, Negeri Sembilan.

Resort ini bersebelahan saja dengan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan..memang seswai untuk aktiviti night walk..pastinya akan lebih seram..kekeke... 


Menara untuk aktiviti terjun bangunan..hehehe


Pandangannya dari tepi kolam hampir2 menyerupai
Palm Garden Resort Putrajaya (bagi pendapat aku lah)
 

Irman sedang memerhatikan keadaan pantai
  Perjalanan kami ke Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka diteruskan pada jam 3 petang..kami singgah solat jamak zohor& asar di sebuah masjid yang dikatakan Irman, "Cantek laa masjid ni,kita solat kat sini lah"...masjid tu terletak di mane pun aku dh lupe,tp memg cantik masjid tu..rumah yg kat sebelah masjid tu pun cantek..hehehe..

Perjalanan ke Puteri Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit dari PD.



Pandangan dari bawah resort


Aktiviti menyusur mcm kombat
 Kat sini, nampak macam sunyi dan tenang..kawasannya luas dan ada tempat khas untuk aktiviti outdoor..agak mencabar jugak aktivitinya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Kami tak berkesempatan melawat ke dalam bilik penginapan kerana time tu resort ni full boking. Tapi yang kami tahu, bilik nya memang selesa.
Wahyu bergambar di pintu gerbang Recreational Park, Puteri Resort
Pintu masuk ke kawasan aktiviti outdoor..

Aktiviti High Rope

Kolam untuk aktiviti air

Kolam untuk korang berenang-renang nanti
 Di sini, disediakan sebuah kolam untuk dewasa dan 2 buah kolam untuk kanak-kanak..luas dan nampak macam best:)...hehehe..
 
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Anjung Batu untuk menikmati ikan bakar..orang kata, tak sah kalo g melaka tak makan ikan bakar..tempat femes biase nye di area Alai dan Umbai..
 
Kami memilih untuk menjamu selera di restoran ini..hehehe

Pandangan di Anjung Batu

Perut dah kenyang, badan dan otak pun dah penat..kami bertolak pulang ke Kuantan pada jam 7.10pm dari Anjung Batu..sempat melalui pekan Tangkak tapi tak de mood dah nak beli belah sebab hari dah malam dan badan pun dah penat..sambil memikirkan kene buat slide presentation berkenaan lokasi yang kitorang lawati..sampai di UMP pada pukul 11.30 malam dan balik je umah terus aku siapkan slide untuk presentation dalam meeting pukul 8.15am keesokkan harinya!!..mata lalok,kepala pening..huhuhu..ni lah keje namenye..:)

Monday, November 8, 2010

Bapak Saudaraku Kawen Lagi!!!!

Alhamdulillah, jumaat lepas status pakcik ku sebelah emak yang ku panggil Ayah Cik bertukar...Ayah Cik telah kematian isteri sejak hampir 3 tahun yang lepas..dan alhamdulillah telah bertemu jodoh semula dengan seorang perempuan Cina muallaf..Ayah Cik berumur 69 tahun dan isteri barunya (aku pun xtahu nak panggil ape) berumur 59 tahun.. Untung juga Ayah Cik kawen di usia begini kerana anak2 pun dah besar,sume dah kawen plak tu,jadi sekurang-kurangnya adalah jugak orang yang akan menemankan dia sekiranya sakit pening dan menjaga makan pakainya..kenduri diadakan pada hari berikutnya iaitu pada hari sabtu..siap sembelih lembu lagi..macam kenduri2 kawen biasa jugak,cuma bezanya tak ada pelamin..huhuhu..aku pun pegi jugak,tapi pegi dengan lenggang kangkong je sebab aku pun baru diberitahu oleh mak untuk ke kenduri Ayah Cik aku tu pada petang jumaat..so aku tak de prepare hadiah pun sebab aku bz time tu..duit salam kaut pun aku tak bagi..mak aku cakap kalo orang tak kawen lagi,tak perlu bagi duit salam kaut...(selamat laa duit aku)..aku pun pegi makan je..pinggan mahupun gelas sebijik pun aku tak basuh..sebabnya aku ni memang segan sikit nak g kenduri..tak kesahlah kenduri kawen ke kenduri hape pun..aku g makan, pas makan aku balik..sebab tu lah aku tak tahu nak panggil makcik baru aku tu ape,sebab aku tak sempat pun nak beramah mesra ngan dia..sebab time tu dia dok bz melayan adik beradik dia yang datang..so aku pun malas laa nk buat edisi soal siasat..tapi xperlah,janji pakcik aku senang hati..yang penting aku doakan diorang bahagia selamanya..

Monday, October 18, 2010

Bulan Oktober

Bulan ini merupakan bulan yang agak bz bagi diriku..sejak awal bulan, tumpuan sepenuhnya kepada kerja demi memastikan majlis konvokesyen berjalan seperti yang dirancang..walaupun agak tertekan dengan situasi yang seringkali memaksa dan mendesak..tapi tabahkan juga hati untuk menempuhnya walaupun terpaksa menangis..dan barulah hari ini aku sedar bahawa aku dah lama tak update blog ni..hehehe..

Setelah majlis konvo selesai pada 9hb yang lalu, kini aku tertumpu pula pada persiapan majlis ku. Walaupun seperti saja lambat lagi, tapi jika dibilang dan dicongak harinya, tinggal 3bulan, 2 minggu dan 4 hari sahaja lagi..banyak juga yang perlu disetelkan sebelum tibanya tarikh itu..persiapan yang rapi dan berjadual pasti akan menampakkan kesempurnaan yang nyata..hehehe..sebab kita tak tahu apa yang akan kita hadapi esok2 hari..so sementara ada masa, baiklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah serta menyenangkan diri sendiri pada masa akan datang..:)

Jadi kepada bakal raja sehari, sila jangan membuang masa dan jangan membuat persiapan di saat2 akhir..nanti buruk padahnya..melainkan sume perkara boleh setel dengan hanya memetik jari sahaja..

Tuesday, September 21, 2010

Pic Sekitar Majlis Merisik

Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah, aku dah selamat kembali bekerja pada hari Rabu minggu lepas. Hari Raya disambut dengan sederhana memandangkan persiapan lebih kepada majlis merisik yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari raya yang kedua. Alhamdulillah...

Di sini ade sedikit pic2 yang sempat di snap semasa majlis tersebut.

Semoga doa kalian mengiringi perjalanan perhubungan kami ini. Terima kasih kepada seluruh kaum keluarga yang telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk majlis tersebut. Tak lupa juga kepada kawan-kawan rapat yang sudi hadir memeriahkan majlis dan menghabiskan nasi minyak kat umah aku..hehehe..

Check it out!!

Pensponsor kuih untuk rombongan dari Temerloh...TQ Along!






















3 dulang pemberian dr pihak lelaki dan dibalas dgn 1 bakul biskut raya + buah-buahan:)















Kakak ipar + anak buah
Pemberian kpd pihak lelaki..
Tepak Sireh
Cincin merisik



Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya :)

Salam,

Telah agak lama tak menulis di blog ni kerana sangat sibuk dengan tugasan kerja di pejabat..
Tanpa disedari dah 24 hari kita berpuasa. Kejap je kan??huhuhu..hari ni pun merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang untuk menyambut Aidilfitri. Tapi aku tak buat sebarang persiapan pun. Yang sedihnya sebab baju raya yang ditempah 3 bulan lepas masih lagi tak siap2. Nampak gaya macam kene beli yang ready made jelah tahun ni..memang laa teramat sedih sebab tak pernah lagi seumur hidupku, baju raya tak siap..naseb baik lah jugak En Nizam nak datang ke Kuantan pada Sabtu ini dan menemankan aku untuk pergi beli baju raya..(thanx a lot to my bucuk,im really appreciated it).

Di sepanjang 24 hari berpuasa ni, aku belum sempat nak balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama family. Nak raye ni kene la jimat sikit,kalo nak balik kampung pun berfikir 2-3 kali. Tapi untuk tidak menghampakan, aku dah pun apply cuti lebih awal daripada kawan-kawan opis yang lain untuk meluangkan masa bersahur dan berbuka puasa dengan family di kampung. InsyaAllah, aku akan mula bercuti pada 4 Sept hingga 14 September 2010. So nanti kene laa masuk keje lebih awal daripada orang lain..hehehe..

Walaupun tahun ini sedih sebab baju raya tak siap, tapi ada kegembiraan berganda yang aku dapat. Benarlah kata orang, Tuhan tak berikan sesuatu pada kita kerana Dia nak berikan sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah, sepupu ku Miza dan suaminya, Romi telah dikurniakan seorang puteri pada tanggal 1 September yang lepas dan pada hari yang sama, kerajaan telah memberikan bonus raya kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500..huhuhu..syukur!

Tetapi apa yang lebih bermakna pada Hari Raya ini adalah penyatuan dua hati di antara aku dan pilihan hatiku, En Mohamd Akhbar Nizam bin Hamzah..syukur alhamdulillah,perkenalan kami selama hampir 2 tahun akhirnya akan diikat dengan ikatan yang kukuh. Keluarga Nizam akan menghantar rombongan merisik pada hari Sabtu, 11 September 2010 nanti. Segala persiapan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Apa yang paling penting, hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak dan rakan2 kami. Sudah pasti aku mengharapkan hubungan yang direstui ini akan kekal dan berterusan ke jinjang pelamin seterusnya bahagia ke akhir hayat. 

Tiada apa yang lebih menggembirakan dalam hidupku kerana hubungan yang dibina dengan jejaka pilihan hati akhirnya akan diikat dengan ikatan yang sah tidak lama lagi. Doa restu daripada semua, sangat2 lah diharapkan. Majlis perkahwinan kami dijangkakan akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan. InsyaAllah.

Sebelum mengundurkan diri, aku memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang mengenali diriku, halalkan makan minumku,maafi segala kekasaran bahasa dan kesilapan perbuatanku..semoga Aidilfitri 1431 Hijrah ini akan memberikan lebih rahmat buat kita semua. Jika ada kelapangan, jemputlah berkunjung ke rumah family ku di Kuala Terengganu. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung,berhati-hati di jalan raya. (pesanan untuk diri sendiri jgk..hehehe)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Monday, August 2, 2010

Majlis Pertunangan Chah

Sebelum majlis bermula
Sabtu lepas aku menghadiri majlis pertunangan kawan sekolah rendah..hehehe..bayangkan betapa lama dah kitorang kawan..sampai sekarang still contact..aku start kawan ngan Aishah ni dari darjah 4 sampai laa sekarang..rase teruja jgak nak pergi umah dia kat Jabor ni..ini kali pertama aku g Jabor..sorang2 lak tu..so aku dengan tawakkalnya pergi jugak sebab tak sanggup nak hampakan jemputan dari kawan baik..seronok jugak sebab dah agak lama tak jumpa dia dan jumpa plak pada hari pertunangan dia..harapnya bahagia sampai ke akhir hayat dengan pasangan pilihan hati ye:)..tahniah!

With Aishah's friend, her fiance & me














Chah wit her fiance - Zul..hope both of u hepy always

Friday, July 30, 2010

Sukarnya Mendapatkan CINTA

Salam,
Bila sebut pasal cinta ni, pasti ada yang tersenyum sendiri dan tak kurang jugak ade yang rase mcm menyampah, benci, kecewa dan marah.

ADA APA DENGAN CINTA??? kenapa manusia perlukan cinta dalam kehidupan ni?kalo xde cinta xleh hidup ker? orang kata tanpa cinta hidup xbererti..dunia x berseri..betul ker??korang leh jawab sendiri kot...

Tapi bagi aku, aku perlukan cinta untuk hidup bahagia tapi cinta macam mane yang aku perlukan? Semakin lama kita cintakan seseorang tu, semakin kita diuji dengan pelbagai dugaan. Kenapa ye?

Ada juga yang kata, cinta yang tidak diuji, maka cinta tu tak kukuh. Cinta yang diuji lebih utuh dan berkekalan..benarkah begitu?? Aku xtau nak jawab pe..cuma dalam cintaku, harapnya ujian yang diberikan oleh Allah dapat diatasi dengan baik dan aku selalu berdoa cintaku ini akan kekal ke akhirnya..namun cinta pada Allah itu juga adalah cinta yang abadi. Semoga cintaku akan membawaku ke syurga..InsyaAllah.

**Tabahlah hati..sesungguhnya ini hanya dugaan yang kecil dan janganlah bersedih wahai hatiku..aku perlu kuat dan redha walau apa jua yang berlaku selepas ini.



Lirik Baik Baik Sayang - Wali


Aku tak ingin kau menangis bersedih


Sudahi air mata darimu


Yang aku ingin arti hadir diriku


Kan menghapus dukamu sayang


Karna bagiku kau kehormatanku


Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku


Baik baik sayang ada aku untukmu


Hanya satu pintaku disiang dan malammu


Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan


Sekuat semampuku sayang


Karna bagiku kau kehormatanku


Dengarkan dengarkan aku

Wednesday, July 28, 2010

My Bf's Birthday

27.07....sanggup amek cuti semata-mata kerana nak sambut bday my bf..En Nizam..huhuhu..walaupun aku tak sihat sangat minggu ni tapi demi Nizam,xperlah..rela jugak g Temerloh memandangkan dia bercuti kerana nak hantar parents dia dari KL..so aku bawakla untuk dia kek dan bunga..main present dah bagi awal bulan sebab dia tak sabo2 sangat nak hadiah dia..hahaha..katanya dia sangat terharu sebab sepanjang 28 tahun dia hidup ni tak pernah lagi ade orang kasi dia kek bday..(oloorrr cian btol)..present pun tak de orang kasi..(lagi laa kesian)..sebelum aku balik ke Kuantan, sempatlah jugak makan kek sama2 ngan dia walaupun kitorang slumber je potong kek atas bonet kete kat kawasan parking kete area Masjid Sultan Abu Bakar..bila dah kapel ngan "cowboy" ni..automatiknye aku pun kene laa jadi macam cowboy gak..hehehe..anyway..for my bf..Selamat Hari Lahir..semoga diberkati Allah selalu,panjang umur,murah rezeki dan berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan..im hepy wit u..

Bunga untuk bday boy:)

Sgt gembira krn pertama kali dpt potong kek bday

Wednesday, July 21, 2010

Gajah oh Gajah

Pada 3-4 Julai yang lepas, kunjungan ke Temerloh tambah menarik apabila aku berpeluang untuk melawat ke Pusat Konservasi Gajah yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Seperti biasalah, peneman setiaku En Nizam juga ikut serta demi memenuhi kehendak ku yang nak sangat g tengok gajah2 di Kuala Gandah ni..yerlah,nak tunggu KESURI punye rombongan ntah bila laa..

Kebetulan pula, kampung atuk Nizam memang area situ,jadi perjalanan kami menjadi lebih mudah kerana dia dah tahu ke mana arah nak dituju..jalan ke tempat tersebut agak sempit dan tak boleh bawak laju2..silap hari bulan bertembung dengan bas pelancong ataupun lori yang keluar masuk melalui jalan tersebut.

Perjalanan yang bermula dari Temerloh pada pukul 11 pagi mengambil mase hampir 45 minit untuk sampai ke Kuala Gandah..kat area2 situ juga terdapat kawasan air terjun..tapi sayangnya kami tak berkesempatan nak tinjau kawasan air terjun tu..

Kawasan ni tak banyak kedai, jadi aku cadangkan kalo nak datang sini better bawak bekal makanan dan minuman..lgpun kat sini port untuk lepak pun best jugak..hampir semua family yang datang bawak bekal untuk picnic sementara menunggu mase untuk melihat pertunjukkan gajah yang bermula pada jam 2 petang.

Di bawah ni pic yang sempat kami snap untuk dijadikan kenangan.

Office - kene register dulu









Souvenir utk kenang-kenangan















Gajah ni namanya ialah Siput















Ni plak nama dia Selendang















Latar belakang & objektif pusat ni




















Ni penjaga gajah..hahaha..















Gajah ni paham bahasa Melayu..mase ni nak kiss tuan dia.hehehe















Rangka kepala gajah
Sebagai tanda kami dh pernah dtg sini

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 (Floria 2010)


Dah lama dah tak menulis kat blog ni..baru hari ni aku update segala benda dalam blog ni..hahaha..sadis btol laa..

But the interesting story nak cite ialah berkenaan Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 yang telah berlangsung pada 10 hingga 18 Julai 2010 yang lalu di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya..sempatlah aku g tgok sebab kebetulan ke KL untuk dating with my En Nizam..so inilah sedikit sebanyak pic yang sempat aku snap sepanjang berkunjung ke festival tu.. dan tahun ini, Heliconia (pic paling atas)diketengahkan sebagai bunga tema dalam usaha memperkenalkan keunikannya sebagai tanaman tropika selain mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam seni gubahan dan landskap. Selain itu juga, spesis lain yang turut dipamerkan adalah halia (alpinia); canna, setawar (costus), pisang (musacea) dan ‘bird of paradise’ (streliziacea). Koleksi bonzai, orkid dan banyak lagi jenis bunga turut dipamerkan..memang rugi kalau tak pergi..



Wednesday, June 9, 2010

Menghadiri Kenduri Kahwin Housemate

5 Jun - Aku ke Teluk Intan, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan housemate..huhuhu..punye laa excited,gerak dari Kuantan pukul 6am..hahahah..smpi je kat KL, terus amek Nizam then gerak ke Teluk Intan pada pukul 9am..ujan punye laa lebat giler..Nizam drive to Teluk Intan dan aku plak duk di sebelah jadi co pilot dia..ehehhe..thanx to my bucuk kerana telah bersusah payah menemankan aku ke sana dan menyediakan sandwish yang best untuk ku..sampai di Teluk Intan pada pukul 11.30am..dah ciap menjamu selera lauk pengantin,kitorang gerak ke Menara Condong sementara menunggu masa untuk check-in hotel..


Jam di tangan menunjukkan jam 1.15pm, aku dan Nizam terus menunggu bilik kitorang ready..terlintas plak di fikiran mase tu untuk tidak menginap di Teluk Intan. Kemudian setelah berbincang,akhirnya kesepakatan dicapai.Kitorang nak terus balik Kuantan dan time tu laa aku gelabah nak cari hotel untuk Nizam menginap.Al maklumlah,time cuti sekolah ditambah plak dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Mizan, hotel pun penuh..telefon sane sini,dan nasib menyebelahi kami..hotel yang dicari dah pun dapat.huhuh..naseb baik laa,kalo tidak Nizam kene laa tumpang tido kat masjid or tido dalam kete aku..hahaha..perjalanan yang panjang ini berakhir pada pukul 6.15pm di Kuantan..Alhamdulillah,Allah memudahkan perjalanan kami..
Special thanx to my luvly,En Mohamd Akhbar Nizam yang sentiasa sabar dan memberikan yang terbaik untukku di sepanjang perjalanan kami ke Teluk Intan hinggalah sampai ke Kuantan dan thanx to my housemate,Nanie & Family yang memberikan layanan yang baik sepanjang kami di sana.