Pages

Tuesday, November 23, 2010

Merentasi 4 Buah Negeri Dlm 1 Hari!

Pada 11 Nov baru ni, aku ditugaskan untuk survey lokasi yang sesuai untuk mengadakan Bengkel Budaya Kerja Cemerlang. Bertolak dari UMP pada pukul 9.18 am bersama 2 lagi staf PTMK iaitu Kak Zai dan Wahyu. Sampai di Muadzam around 10.00 am untuk ambil sorang lagi staf PTMK iaitu Irman. Kami berempat meneruskan perjalanan merentasi Segamat, lokasi pertama yang kami tuju ialah di PNB Ilham Resort, PD, Negeri Sembilan.

Resort ini bersebelahan saja dengan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan..memang seswai untuk aktiviti night walk..pastinya akan lebih seram..kekeke... 


Menara untuk aktiviti terjun bangunan..hehehe


Pandangannya dari tepi kolam hampir2 menyerupai
Palm Garden Resort Putrajaya (bagi pendapat aku lah)
 

Irman sedang memerhatikan keadaan pantai
  Perjalanan kami ke Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka diteruskan pada jam 3 petang..kami singgah solat jamak zohor& asar di sebuah masjid yang dikatakan Irman, "Cantek laa masjid ni,kita solat kat sini lah"...masjid tu terletak di mane pun aku dh lupe,tp memg cantik masjid tu..rumah yg kat sebelah masjid tu pun cantek..hehehe..

Perjalanan ke Puteri Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit dari PD.



Pandangan dari bawah resort


Aktiviti menyusur mcm kombat
 Kat sini, nampak macam sunyi dan tenang..kawasannya luas dan ada tempat khas untuk aktiviti outdoor..agak mencabar jugak aktivitinya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Kami tak berkesempatan melawat ke dalam bilik penginapan kerana time tu resort ni full boking. Tapi yang kami tahu, bilik nya memang selesa.
Wahyu bergambar di pintu gerbang Recreational Park, Puteri Resort
Pintu masuk ke kawasan aktiviti outdoor..

Aktiviti High Rope

Kolam untuk aktiviti air

Kolam untuk korang berenang-renang nanti
 Di sini, disediakan sebuah kolam untuk dewasa dan 2 buah kolam untuk kanak-kanak..luas dan nampak macam best:)...hehehe..
 
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Anjung Batu untuk menikmati ikan bakar..orang kata, tak sah kalo g melaka tak makan ikan bakar..tempat femes biase nye di area Alai dan Umbai..
 
Kami memilih untuk menjamu selera di restoran ini..hehehe

Pandangan di Anjung Batu

Perut dah kenyang, badan dan otak pun dah penat..kami bertolak pulang ke Kuantan pada jam 7.10pm dari Anjung Batu..sempat melalui pekan Tangkak tapi tak de mood dah nak beli belah sebab hari dah malam dan badan pun dah penat..sambil memikirkan kene buat slide presentation berkenaan lokasi yang kitorang lawati..sampai di UMP pada pukul 11.30 malam dan balik je umah terus aku siapkan slide untuk presentation dalam meeting pukul 8.15am keesokkan harinya!!..mata lalok,kepala pening..huhuhu..ni lah keje namenye..:)

No comments:

Post a Comment