Pages

Tuesday, November 30, 2010

Baju dan Kursus

Grrr..perasaan nak marah aje minggu ni..entah ape yg xkene..tp yg paling2 buat aku spoil mood ialah pasal baju korporat yg nk dipakai mase kursus 30 Nov hingga 3 Dis ni..arghhhhh...tension..aku kalo bab baju ni memg cerewet banyak...huhuhu...nak marah tak leh plak sebb PIC bercuti pada hari kejadian..last2 kerana baju tu, mood nak g kursus tu tercalar..xtahu lah cmane nk bertahan sampai jumaat ni...sabor je lah banyak2...

Tuesday, November 23, 2010

Merentasi 4 Buah Negeri Dlm 1 Hari!

Pada 11 Nov baru ni, aku ditugaskan untuk survey lokasi yang sesuai untuk mengadakan Bengkel Budaya Kerja Cemerlang. Bertolak dari UMP pada pukul 9.18 am bersama 2 lagi staf PTMK iaitu Kak Zai dan Wahyu. Sampai di Muadzam around 10.00 am untuk ambil sorang lagi staf PTMK iaitu Irman. Kami berempat meneruskan perjalanan merentasi Segamat, lokasi pertama yang kami tuju ialah di PNB Ilham Resort, PD, Negeri Sembilan.

Resort ini bersebelahan saja dengan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan..memang seswai untuk aktiviti night walk..pastinya akan lebih seram..kekeke... 


Menara untuk aktiviti terjun bangunan..hehehe


Pandangannya dari tepi kolam hampir2 menyerupai
Palm Garden Resort Putrajaya (bagi pendapat aku lah)
 

Irman sedang memerhatikan keadaan pantai
  Perjalanan kami ke Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka diteruskan pada jam 3 petang..kami singgah solat jamak zohor& asar di sebuah masjid yang dikatakan Irman, "Cantek laa masjid ni,kita solat kat sini lah"...masjid tu terletak di mane pun aku dh lupe,tp memg cantik masjid tu..rumah yg kat sebelah masjid tu pun cantek..hehehe..

Perjalanan ke Puteri Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit dari PD.



Pandangan dari bawah resort


Aktiviti menyusur mcm kombat
 Kat sini, nampak macam sunyi dan tenang..kawasannya luas dan ada tempat khas untuk aktiviti outdoor..agak mencabar jugak aktivitinya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Kami tak berkesempatan melawat ke dalam bilik penginapan kerana time tu resort ni full boking. Tapi yang kami tahu, bilik nya memang selesa.
Wahyu bergambar di pintu gerbang Recreational Park, Puteri Resort
Pintu masuk ke kawasan aktiviti outdoor..

Aktiviti High Rope

Kolam untuk aktiviti air

Kolam untuk korang berenang-renang nanti
 Di sini, disediakan sebuah kolam untuk dewasa dan 2 buah kolam untuk kanak-kanak..luas dan nampak macam best:)...hehehe..
 
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Anjung Batu untuk menikmati ikan bakar..orang kata, tak sah kalo g melaka tak makan ikan bakar..tempat femes biase nye di area Alai dan Umbai..
 
Kami memilih untuk menjamu selera di restoran ini..hehehe

Pandangan di Anjung Batu

Perut dah kenyang, badan dan otak pun dah penat..kami bertolak pulang ke Kuantan pada jam 7.10pm dari Anjung Batu..sempat melalui pekan Tangkak tapi tak de mood dah nak beli belah sebab hari dah malam dan badan pun dah penat..sambil memikirkan kene buat slide presentation berkenaan lokasi yang kitorang lawati..sampai di UMP pada pukul 11.30 malam dan balik je umah terus aku siapkan slide untuk presentation dalam meeting pukul 8.15am keesokkan harinya!!..mata lalok,kepala pening..huhuhu..ni lah keje namenye..:)

Monday, November 8, 2010

Bapak Saudaraku Kawen Lagi!!!!

Alhamdulillah, jumaat lepas status pakcik ku sebelah emak yang ku panggil Ayah Cik bertukar...Ayah Cik telah kematian isteri sejak hampir 3 tahun yang lepas..dan alhamdulillah telah bertemu jodoh semula dengan seorang perempuan Cina muallaf..Ayah Cik berumur 69 tahun dan isteri barunya (aku pun xtahu nak panggil ape) berumur 59 tahun.. Untung juga Ayah Cik kawen di usia begini kerana anak2 pun dah besar,sume dah kawen plak tu,jadi sekurang-kurangnya adalah jugak orang yang akan menemankan dia sekiranya sakit pening dan menjaga makan pakainya..kenduri diadakan pada hari berikutnya iaitu pada hari sabtu..siap sembelih lembu lagi..macam kenduri2 kawen biasa jugak,cuma bezanya tak ada pelamin..huhuhu..aku pun pegi jugak,tapi pegi dengan lenggang kangkong je sebab aku pun baru diberitahu oleh mak untuk ke kenduri Ayah Cik aku tu pada petang jumaat..so aku tak de prepare hadiah pun sebab aku bz time tu..duit salam kaut pun aku tak bagi..mak aku cakap kalo orang tak kawen lagi,tak perlu bagi duit salam kaut...(selamat laa duit aku)..aku pun pegi makan je..pinggan mahupun gelas sebijik pun aku tak basuh..sebabnya aku ni memang segan sikit nak g kenduri..tak kesahlah kenduri kawen ke kenduri hape pun..aku g makan, pas makan aku balik..sebab tu lah aku tak tahu nak panggil makcik baru aku tu ape,sebab aku tak sempat pun nak beramah mesra ngan dia..sebab time tu dia dok bz melayan adik beradik dia yang datang..so aku pun malas laa nk buat edisi soal siasat..tapi xperlah,janji pakcik aku senang hati..yang penting aku doakan diorang bahagia selamanya..