Pages

Tuesday, September 21, 2010

Pic Sekitar Majlis Merisik

Salam Aidilfitri,

Alhamdulillah, aku dah selamat kembali bekerja pada hari Rabu minggu lepas. Hari Raya disambut dengan sederhana memandangkan persiapan lebih kepada majlis merisik yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari raya yang kedua. Alhamdulillah...

Di sini ade sedikit pic2 yang sempat di snap semasa majlis tersebut.

Semoga doa kalian mengiringi perjalanan perhubungan kami ini. Terima kasih kepada seluruh kaum keluarga yang telah memberikan kerjasama dan sokongan untuk majlis tersebut. Tak lupa juga kepada kawan-kawan rapat yang sudi hadir memeriahkan majlis dan menghabiskan nasi minyak kat umah aku..hehehe..

Check it out!!

Pensponsor kuih untuk rombongan dari Temerloh...TQ Along!






















3 dulang pemberian dr pihak lelaki dan dibalas dgn 1 bakul biskut raya + buah-buahan:)















Kakak ipar + anak buah
Pemberian kpd pihak lelaki..
Tepak Sireh
Cincin merisik



Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya :)

Salam,

Telah agak lama tak menulis di blog ni kerana sangat sibuk dengan tugasan kerja di pejabat..
Tanpa disedari dah 24 hari kita berpuasa. Kejap je kan??huhuhu..hari ni pun merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang untuk menyambut Aidilfitri. Tapi aku tak buat sebarang persiapan pun. Yang sedihnya sebab baju raya yang ditempah 3 bulan lepas masih lagi tak siap2. Nampak gaya macam kene beli yang ready made jelah tahun ni..memang laa teramat sedih sebab tak pernah lagi seumur hidupku, baju raya tak siap..naseb baik lah jugak En Nizam nak datang ke Kuantan pada Sabtu ini dan menemankan aku untuk pergi beli baju raya..(thanx a lot to my bucuk,im really appreciated it).

Di sepanjang 24 hari berpuasa ni, aku belum sempat nak balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama family. Nak raye ni kene la jimat sikit,kalo nak balik kampung pun berfikir 2-3 kali. Tapi untuk tidak menghampakan, aku dah pun apply cuti lebih awal daripada kawan-kawan opis yang lain untuk meluangkan masa bersahur dan berbuka puasa dengan family di kampung. InsyaAllah, aku akan mula bercuti pada 4 Sept hingga 14 September 2010. So nanti kene laa masuk keje lebih awal daripada orang lain..hehehe..

Walaupun tahun ini sedih sebab baju raya tak siap, tapi ada kegembiraan berganda yang aku dapat. Benarlah kata orang, Tuhan tak berikan sesuatu pada kita kerana Dia nak berikan sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah, sepupu ku Miza dan suaminya, Romi telah dikurniakan seorang puteri pada tanggal 1 September yang lepas dan pada hari yang sama, kerajaan telah memberikan bonus raya kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500..huhuhu..syukur!

Tetapi apa yang lebih bermakna pada Hari Raya ini adalah penyatuan dua hati di antara aku dan pilihan hatiku, En Mohamd Akhbar Nizam bin Hamzah..syukur alhamdulillah,perkenalan kami selama hampir 2 tahun akhirnya akan diikat dengan ikatan yang kukuh. Keluarga Nizam akan menghantar rombongan merisik pada hari Sabtu, 11 September 2010 nanti. Segala persiapan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Apa yang paling penting, hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak dan rakan2 kami. Sudah pasti aku mengharapkan hubungan yang direstui ini akan kekal dan berterusan ke jinjang pelamin seterusnya bahagia ke akhir hayat. 

Tiada apa yang lebih menggembirakan dalam hidupku kerana hubungan yang dibina dengan jejaka pilihan hati akhirnya akan diikat dengan ikatan yang sah tidak lama lagi. Doa restu daripada semua, sangat2 lah diharapkan. Majlis perkahwinan kami dijangkakan akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan. InsyaAllah.

Sebelum mengundurkan diri, aku memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang mengenali diriku, halalkan makan minumku,maafi segala kekasaran bahasa dan kesilapan perbuatanku..semoga Aidilfitri 1431 Hijrah ini akan memberikan lebih rahmat buat kita semua. Jika ada kelapangan, jemputlah berkunjung ke rumah family ku di Kuala Terengganu. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung,berhati-hati di jalan raya. (pesanan untuk diri sendiri jgk..hehehe)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.